Ujian Formatif
· Ujian
formatif dilaksanakan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari
semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka. Ia juga merupakan
bahan atau alat yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu unit
kemahiran atau sub kemahiran bahasa yang telah diajar. Ujian jenis ini
merupakan jenis ujian yang berasaskan kemahiran (yang diajar dalam
jangka masa pendek).
Ujian Sumatif
·
Ujian sumatif digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam
keseluruhan pembelajaran. Merupakan bahan atau alat ujian yang dibina
untuk menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran bahasa yang
telah diajar secara jangkamasa panjang (selepas satu-satu semester/
selepas satu tahun). Kemahiran bahasa yang diuji ialah kemahiran lisan,
bacaan dan penulisan. Ujian sumatif biasanya dilakukan pada akhir
pembelajaran. Contoh ujian sumatif ialah ujian akhir semester.
Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir pembelajaran, skor-skor
dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan
kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran guru dan
pembelajaran murid.
Ujian kefasihan
·
Bertujuan untuk menentukan setakat mana seseorang itu mengetahui dan
menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan. Ujian ini tidak
berdasarkan sesuatu kandungan atau isi pelajaran tetapi menilai
kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajari. Ujian ini
penting untuk mengukur kebolehan berbahasa seseorang.
Ujian kemajuan.
·
Ujian jenis ini adalah ujian ringkas yang dibina oleh guru-guru
kelas untuk penggunaan kelasnya sahaja. Ia hanya sesuai dinilai oleh
guru kelas sahaja. Ujian ini harus berasaskan objektif pengajaran,
program pembelajaran yang telah diikuti oleh pelajar dan pengetahuan
yang ingin diuji. Ia membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas
tentang kemajuan seseorang murid dan kemajuan darjahnya secara
keseluruhan.
Ujian bakat
· Ujian jenis
ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang murid dalam pelajaran
atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya. Ia selalu
melibatkan data-data bahasa yang artifical iaitu mengandungi unsur
fonetik, tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya.
Ujian pencapaian
·
Ia bertujuan untuk menentukan setakat mana pelajar telah menguasai
kemahiran, bahan/isi pelajaran yang telah diajar kepada mereka. Soalan
yang diajukan dalam ujian jenis ini mestilah berkaitan dengan isi
pelajaran yang telah diajar sahaja. Ia juga bertujuan untuk menentukan
penempatan jenis sekolah, jurusan atau kumpulan-kumpulan tertentu murid.
Dalam pengajaran bahasa, ujian ini diberikan untuk mengasingkan
calon-calon mengikut kebolehan mereka dan ini adalah semata-mata untuk
tujuan strategi dan perancangan pengajaran guru.
Sumber rujukan: -
Kamarudin Hj. Husin. (1988). Pedagogi Bahasa.
No comments:
Post a Comment