Thursday, October 10, 2013

TAJUK 12: PENILAIAN BAHASA BERASASKAN PROJEK

DEFINISI BROSUR: - Brosur ialah risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu. Rubrik Penilaian Brosur: 1. Lemah (0-5) 2. Sederhana (6-8) 3. Cemerlang (9-10)
Kreativiti dan keaslian 1. Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat) 2. Mempunyai kekreatifan dan keaslian. 3. Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.
Fungsi : 1. Reka bentuk dan paparan yang salah 2. Rekabentuk dan paparan brosur yang betul tetapi kurang menarik. 3. Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.
Tatabahasa: 1. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah 2. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik tetapi masih perlu diperbaiki. 3. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik, jelas dan tidak mengandungi kesalahan.
Ilustrasi : 1.Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi. 2. Menggunakan iustrasi sekadar mencukupi syarat. 3. Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai.
DEFINISI POWER POINT Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafiks yang lengkap. Ia menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara professional. Melalui kursus asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan seperti ‘background format’, ‘drawing’, ‘colour’, ‘transitions’ dan ‘animations’, ‘drawing tools’ dan ciri-ciri pengawalan masa, yang mana akan memudahkan seseorang untuk menjadi pengendali persembahan yang professional.
MATLAMAT: • Menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan p&p yang bersifat empatan dan membanyakkan bahan p&p berasaskan ict
OBJEKTIF: • Merangsangkan para pelajar dan guru mencipta bahan p&p berasaskan ICT • Menjalinkan kerjasama antara pelajar dan guru
CIRI-CIRI: • Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point menstilah berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran semasa • Bahan yang dipertandingkan mestilah mengikut kriteria seperti berikut: -Hasil ciptaan sendiri -Berkonsepkan Pembelajaran Kendiri -Berasaskan Windows -Interaktif
ASPEK PENILAIAN ADALAH SEPERTI BERIKUT: 1. Warna, pengurusan ruang dan kreativiti 2. Keberkesanan kesinambungan persembahan 3. Ketepatan isi kandungan 4. Kelengkapan laporan 5. Cara penyampaian maklumat 6. Keistimewaan persembahan 7. Hasil ciptaa persembahan multimedia yang terpilh akan direkodkan dalam cd 8. Masa terhad untuk persembahan.
Halaman sesawang : web
  • Persembahan rekaan
  • Penggunaan teknologi maklumat yang efektif
  • Pemilihan latar, warna, jenis tulisan dan saiz, dan juga rekaan halaman
  • Pemilihan topik yang sesuai dan tidak menyentuh isu-isu yang negatif dan sensitif
  • Mengetahui golongan sasar yang dikehendaki
  • Penggunaan laras bahasa yang sesuai
  • Mempunyai maklumat tambahan
  • Mempunyai jaringan yang luas

TAJUK 11 :PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN

Definisi penilaian pengalaman pembelajaran: - Penilaian merupakan kegiatan untuk memperoleh informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan. Jadi dalam penilaian (evaluation) ini termasuk proses pembuatan keputusan tentang kedudukan dan persembahan peserta didik. Maksudnya adalah bahawa penilaian dalam hal ini merupakan kegiatan yang dirancang untuk mengukur keefektifan suatu sistem pendidikan secara keseluruhan. - Penilaian dalam pembelajaran adalah suatu usaha untuk mendapatkan berbagai informasi secara berkala, berkesinambungan, dan menyeluruh tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai oleh anak didik melalui program kegiatan belajar. - Pembelajaran merupakan salah atu cara guru mengetahui hasil belajar, intelegensi, bakat khusus, minat, hubungan sosial, sikap dan kepribadian siswa atau peserta didik. PELAKSANAAN PENILAIAN PEMBELAJARAN: TEMA : PENGALAMAN i. KOMPETENSI DASAR 1. PKN 1.1 Menerapkan hidup rukun di rumah dan di sekolah ii. INDIKATOR 1. PKN • Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah • Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru, teman, dan lain- lain) • Memberi contoh hidup rukun di rumah • Membeni contoh hidup rukun di sekolah • Menjelaskan akibat hidup tidak rukun • Menyebutkan manfaat hidup iii. LANGKAH-LANGKAH PEMBELAJARAN A. KEGIATAN AWAL 1. Doa bersama 2. Absensi siswa 3. Apresiasi: Menyanyikan lagu “Nama-Nama Hari” B. KEGIATAN Inti
  • Menceritakan hidup rukun di rumah
  • Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah
  • Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru, teman, dan lain-lain)
  • Memberi contoh hidup rukun di rumah
  • Memberi contoh hidup rukun di sekolah
  • Menjelaskan akibat hidup tidak rukun
  • Menyebutkan manfaat hidup rukun
  • Menyapa teman sebaya dengan benar
  • Menggunakan kata tanya untuk menyapa orang lain
  • Membuat kalimat sapaan secara lisan
  • Menulis kata tanya (apa, siapa, di mana)
  • Membuat kalimat Tanya dengan benar
  • Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan penjurniahari bilangan 2 150
  • Menye!esaikan masalah yang berkaitan dengan pengurangan bilangan 21-50
  • Menyelesaikan masalah dalam bentuk soal cerita yang berkaitan dengan penjumlahan bilangan 21-50
  • Menyelesaikan masalah dalam bentuk soal cerita yang berkaitan dengan pengurangan bilangan 2 1-50
  • Bersama-sama menyanyikan lagu “Nama-nama Hari”
  • Membeni contoh kegiatan yang lama atau sebentar
  • Membedakan, waktu lama atau sebentar
  • Melakukan kegiatan sehari-hari yang sebentar atau larna
  • Menyebutkan urutan nama-nama hari dalam satu minggu
  • Menyebutkan urutan nama-nama bulan dalam setahun
  • Membedakan bentuk suatu benda
  • Mengelompokkan benda yang sama bentuknya
  • Menjelaskan perubahari bentuk benda melalui penlakuan yang berbeda
  • Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah
  • Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru, teman, dan lain-lain)
  • Menceritakan dan menulis penistiwa menyenangkan yang pernah dialami
  • Menceritakan dan menulis peristiwa tidak menyenangkan yang pernah dialami
  • Menceritakan kembali hal-hal yang pemah dialami berdasarkan cerita orang tua atau orang lain
  • Menyebutkan penistiwa yang pernah terjadi di lingkungan keluarga berdasarkan cerita orang tua atau orang lain

(Langkah-Jangkah kegiatan disesuaikan dengan jadwal pelajaran masing¬ masing sekoIah)
C. KEGIATAN AKHIR 1. Siswa melaksanakan tugas portofolio 2. Pelajaran ditutup dengan lagu “Aku Anak Sehat”
iv. METODE, SUMBER, MEDIA PEMBELAJARAN
a. METODE
  • Ceramah
  • Tanya Jawab
  • Demonstrasi
  • Tugas
  • Game

b. SUMBER 1. Buku Tematik Kelas I (Terdiri dari PKN, B. Indonesia, Matematika, IPA, IPS) 2. Pengembangan Guru
c. MEDIA 1. Kartu bilangan 2. Kartu huruf 3. Kantu kata 4. Gambar-gambar yang relevan
v. PENILAIAN
1. Lisan 2. Tertulis 3. Perbuatan 4. Portofolio
CIRI-CIRI PENILAIAN PENGLAMAN PEMBELAJARAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN
a. KAEDAH JIGSAW Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seprti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006). - Kaedah jigsaw menekankan lima perkara dalam perlaksanaannya melalui erbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu: • Pergantungan secara positif • Tanggungjawab • Interaksi secara terus (bertentang mata) • Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian • Penilaian kendiri secara berterusan
b. KRITIKAN TERBUKA - Kritikan terbuka membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ianya juga sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop). Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakan-rakan sekelas. - Pelajar akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi. - Semasa ucapan pelajar, seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan lima perkara: intonasi dan kejelasan suara, keyakinan diri di khalayak ramai, kelancaran bahasa, penampilan, dan maklum balas terhadap soalan yang diterima. Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada. - Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. Selain itu, ianya juga dapat membantu meningkatkan kemahiran komunikasi awam di kalangan para pelajar.
c. PENILAIAN RAKAN KUMPULAN - Penilaian rakan kumpulan (PRK) merupakan satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Kaedah PRK dapat digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar (Kaufman et al. 2000). - Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmen pelajar dalam menyiapkan kerja kursus. Kaedah PRK ini amat berkesan dilakukan untuk menilai kerja kursus secara berkumpulan (Kaufman et al. 2000 dan Buckley). Ini kerana rakan-rakan adalah merupakan individu yang terdekat dan paling banyak meluangkan masa bersama pelajar ketika melakukan kerja kursus tersebut. - Oleh itu, rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain dan kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.

TAJUK 10 : PENILAIAN AKTIVITI BAHASA

Syarahan

- Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :
(a) Kata alu-aluan/pendahuluan
(b) Kata-kata penghadapan
(c) Isi
(d) Penutup

- Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu
disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.

- Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta
contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi
sampingan.

- Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan
untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan

- Yang berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diikuti untuk
menghasilkan sesuatu syarahan.

Peringkat dan Langkah/Kemahiran

Persediaan• Memahami tajuk dan kehendak soalan.
• Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan
• Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan

Penulisan
• Menulis perenggan pendahuluan
• Mengembangkan isi-isi secara tersusun
• Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup

Penyemakan• Menyemak ejaan dan tanda baca
• Menyemak tatabahasa
• Menyemak jumlah perkataan

Pantun

- Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi lisan yang bersifat peribumi.
- Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, dalam bentuk kias ibarat, usik
mengusik,uji menguji di kalangan masyarakat.
- Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
- Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”
- Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan.
- Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang.
- Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.
- Antara cirri-ciri pantun ialah :-
i) Bentuk yang unik iaitu sifatnya yang profan
ii)Bahasa bebas dari pantang larang
iii) Mudah dicipta dan lebih akrab dengan masyarakat bawahan.
iv) Unsur-unsur persekitaran menjadi ilham

Sajak


- Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas bentuknya daripada puisi tradisional seperti pantun dan syair.
- Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas.
- Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
- Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.
- Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.

Ceramah


- Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar.
- Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.
- Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.
- antara jenis-jenis ceramah ialah :-
i) Ceramah agama
ii) Ceramah pendidikan
iii) Ceramah kesihatan
iv) Ceramah kesedaran dan sebagainya

Menilai dengan menggunakan instrumen :

Forum
Debat
Pidato
Forum


satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk, di mana ia dijalankan secara formal.
teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya.

Debat

pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk dan pihak kedua membangkang tajuk itu.
huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta.
setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan fakta yang diutarakan.
pihak pemnbangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya.
sesi pengulasan akan dibuat daripada setiap ahli setelah selesai.
masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan ditetapkan.

Pidato

huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.
interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton.
pidato bukan membaca tetapi menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan.

TAJUK 9: PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA

Penilaian Kemahiran Lisan
 Penilaian lisan dibuat untuk mendapatkan maklumat hasil interaksi antara :
- pelajar dengan pendidik
- pelajar dengan pelajar
- pelajar dengan bahan pembelajaran

 Aspek yang boleh dinilai ialah :
- kefahaman konsep
- pengetahuan fakta
- pemikiran peringkat tinggi
- kecekapan mendengar
- penggunaan bahasa yang tepat
- kecekapan metematik
- gaya persembahan/ kelancaran berbahasa
- pertuturan dan sikap

Penilaian Kemahiran Menulis
 Penilaian penulisan dilakukan dengan menilai :
- karangan
- laporan projek/kerja kursus/folio
- latihan dan ujian bertulis
- huraian atau tafsiran data/jadual, graf atau carta.

 Kemahiran yang diukur dalam kemahiran menulis ialah :
- kemahiran menulis
- menyusun idea
- perbendaharaan kata
- mengaplikasi
- mentafsir
- menilai
- mempertahan / menyokong hujah
- menyebar idea / buat rumusan / cadangan

TAJUK 7 : PENILAIAN MELALUI KONTRAK PEMBELAJARAN

PENGENALAN
Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri, para pelajar juga patut diberi hak untuk menentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu akan dilaksanakan dan dihasilkan dalam jangka waktu yang ditetapkannya sendiri, bahkan juga corak penilaian tugasannya itu. Antara kaedah yang paling berkesan untuk tujuan ini ialah penggunaan kontrak pembelajaran.

KONSEP
Kontrak Pembelajaran atau dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (secara individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis.
Persetujuan meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugasan seperti :-
• Bentuk akhir tugasan dihasilkan
• Bagaimana tugasan dihasilkan (individu atau kumpulan?)
• Tempoh menyiapkan tugasan/tarikh tugasan dihantar kepada guru
• Kaedah penilaian dibuat (secara proses atau hasil akhirnya sahaja)
• Tindakan/akibat yang akan diterima oleh pihak yang gagal mematuhi kontrak
Kontrak biasanya ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria yang disenaraikan.

FUNGSI KONTRAK PEMBELAJARAN
Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran untuk membolehkan pelajar :-
• mengenal pasti dan merekod objektif dan matlamat pembelajaran kendiri
• kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya
• bukti menunjukkan objektif tercapai
• bagaimana dan pada tahap mana hasil pembelajaran akan dinilai
• Memberi peluang pelajar menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri
• Menghasilkan kerja yang terancang
• Membantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses kerjanya

BAGAIMANA KONTRAK PEMBELAJARAN DIGUNAKAN ?
Kontrak pembelajaran digunakan dengan pelbagai cara, antaranya:-
1. Penilaian objektif tugasan
• Objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan pelaksanaannya ATAU
• Beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar memilih mana-mana yang difikirkan sesuai ATAU
• Pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudian pilih mana-mana paling sesuai dengan persetujuan guru
2. Hasil Pembelajaran
• Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran, bentuk tugasannya (sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dll)
• Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan oleh guru
3. Penilaian
• Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU
• Gurum menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU
• Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan ATAU
• Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaanny

FORMAT / BENTUK KONTRAK

Kontrak pembelajaran dibuat dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Kontrak boleh dibuat secara formal, dimana prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi. Ia boleh juga dibuat secara tidak formal,tetapi terancang dan jelas.
PERINGATAN:
Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar, sementara penggredan perlu dikawal oleh guru. Senarai semak bagi butiran yang hendak dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat perlu dilampirkan dan persetujui oleh pihak yang terlibat

TAJUK 6 : KAEDAH PENILAIAN BAHASA : PORTFOLIO DAN PEMERHATIAN

PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO portfolio pada umumnya merupakan folder atau file atau sebagainya yang mengandungi bahan-bahan yang dikumpulkan untuk sesuatu tempoh bagi menggambarkan atau menjalaskan atau menjelaskan atau menerangkan perkembangan kognitif bagi si penyedianya tentang sesuatu tugasan yang pernah diarahkan. Portfolio merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.

Ciri-ciri Portfolio
1. Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.
2. Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif
3. Pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.
4. Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.
5. Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.
6. Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.
Jenis Portfolio
1. Porfolio kerja harian
Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.
2. Portfolio hasil terbaik
Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian. Berbentuk sumatif.
3. Portfolio dokumen. Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.

Penilaian Portfolio
1. Penilaian berbentuk lebih terbuka dan seimbang.
2. Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.
3. Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.

Kepentingan Portfolio 1. Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.
2. Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar
3. Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.
4. Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.
5. Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.

Perancangan Portfolio
1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.
2. Kenalpasti isi kandungan portfolio.
3. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.
4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.

Penilaian bagi Portfolio
1. Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.
2. Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.
3. Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.

Merekod Penilaian Portfolio
- Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.
- Penilaian awal – penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala – senarai ciri-ciri paling penting – penentuan gred.

Kriteria penilaian 1. Struktur dan organisani
2. Strategi pengurusan
3. Variasi isi yang sesuai
4. Struktur ayat dan gaya bahasa
5. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.
6. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiapnota anekdot dan refleksi pelajar.
8. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan

2. PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN
1. Kualiti Pemerhatian
- Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin dengan persekitarannya.
- Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.
- Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
- Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.
- Tekal dan stabil dalam penilaiannya
2. Bentuk perancangan - Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
- Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
- Merangka tindakan susulan yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.

3. Merekod penilaian pemerhatian - Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi:
- Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan
- Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas
- Menjalankan Tugasan
- Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .
- Cara merekodkan dapatan dan rumusan
- Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
- Tindakan Susulan
- Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.

4. Jenis Pemerhatian - Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai.
- Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsian dan tanggapan. Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.
- Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
- Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuen.

5. Strategi pelaksanaan - Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.
- Menggunakan senarai semak.
- Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian
- Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan
- Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
- Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.

6. Fungsi penilaian melalui pemerhatian.
- Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.
- Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.

TAJUK 5 : JENIS-JENIS PENILAIAN BAHASA

Ujian Formatif
· Ujian formatif dilaksanakan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka. Ia juga merupakan bahan atau alat yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu unit kemahiran atau sub kemahiran bahasa yang telah diajar. Ujian jenis ini merupakan jenis ujian yang berasaskan kemahiran (yang diajar dalam jangka masa pendek).

Ujian Sumatif
· Ujian sumatif digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan pembelajaran. Merupakan bahan atau alat ujian yang dibina untuk menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajar secara jangkamasa panjang (selepas satu-satu semester/ selepas satu tahun). Kemahiran bahasa yang diuji ialah kemahiran lisan, bacaan dan penulisan. Ujian sumatif biasanya dilakukan pada akhir pembelajaran. Contoh ujian sumatif ialah ujian akhir semester. Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir pembelajaran, skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran guru dan pembelajaran murid.

Ujian kefasihan
· Bertujuan untuk menentukan setakat mana seseorang itu mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan. Ujian ini tidak berdasarkan sesuatu kandungan atau isi pelajaran tetapi menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajari. Ujian ini penting untuk mengukur kebolehan berbahasa seseorang.

Ujian kemajuan.
· Ujian jenis ini adalah ujian ringkas yang dibina oleh guru-guru kelas untuk penggunaan kelasnya sahaja. Ia hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja. Ujian ini harus berasaskan objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti oleh pelajar dan pengetahuan yang ingin diuji. Ia membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan seseorang murid dan kemajuan darjahnya secara keseluruhan.

Ujian bakat
· Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang murid dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya. Ia selalu melibatkan data-data bahasa yang artifical iaitu mengandungi unsur fonetik, tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya.

Ujian pencapaian
· Ia bertujuan untuk menentukan setakat mana pelajar telah menguasai kemahiran, bahan/isi pelajaran yang telah diajar kepada mereka. Soalan yang diajukan dalam ujian jenis ini mestilah berkaitan dengan isi pelajaran yang telah diajar sahaja. Ia juga bertujuan untuk menentukan penempatan jenis sekolah, jurusan atau kumpulan-kumpulan tertentu murid. Dalam pengajaran bahasa, ujian ini diberikan untuk mengasingkan calon-calon mengikut kebolehan mereka dan ini adalah semata-mata untuk tujuan strategi dan perancangan pengajaran guru.

Sumber rujukan: -
Kamarudin Hj. Husin. (1988). Pedagogi Bahasa.