Thursday, October 10, 2013

TAJUK 3 :- JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Definisi· JSU merupakan satu rancangan persediaan item (soalan). Ia juga dikenali sebagai “test blue print / test specification”. JSU merupakan matrik yang terdiri daripada paksi iaitu paksi kandungan (menegak) dan paksi aras kemahiran (melintang).
· JSU mengandungi maklumat seperti :-

a) Topik pelajaran
b) Aras kemahiran mengikut aras taksonomi pendidikan.
c) Pemberatan/peratus pemberatan pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa
mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran yang perlu diajar.
d) Bentuk ujian (objektif, subjektif,esei, amali, kerja kursus dll)
e) Bilangan item (soalan) yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.
f) Kepayahan atau kesukaran item.

Kepentingan JSU
· Mengelakkan sesuatu ujian dibina secara sembarangan.
· Menjamin kesahan sesuatu ujian (kandungan)
· Menimbulkan rasa kepantingan sesuatu topik dan aras-aras kemahiran.
· Menentukan keseimbangan antara topic dengan aras-aras kemahiran yang diuji.
· Memberi panduan untuk membuat format ujian.
· Memberi panduan untuk membentuk soalan.
· Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik.
· Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain.

Langkah-langkah membina JSU
1. Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji.
2. Tentukan soalan yang hendak dibina (sama ada objektif, struktur,esei)
3. Tentukan model aras kesukaran (JSU biasanya menggunakan taksonomi objektif
pendidikan Bloom)
4. Pastikan jenis ujian yang bakal diuji (objektif, esei, struktur dll)
5. i) Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif=?, struktur=?, esei=?)
ii) penentuan aras kesukaran soalan (mengikut aras taksonomi Bloom)
6. Menyatakan mata pelajaran, tingkatan/darjah, susunan nombor soalan mengikut tajuk

No comments:

Post a Comment